Bingkisan Dakwah

PERINTIS KESYUMULAN ISLAM

Pelbagai berita sensasi yang kita dengar dewasa ini, terutamanya dalam isu yang berhubung dengan kes sebatan yang akan dikenakan terhadap Kartika Shuharno akibat kesalahan meminum arak

.



Dengan ini, dilampirkan sedikit info mengenai cara sebatan bagi pesalah wanita menurut syariat Islam. Ini adalah caranya sebatan ke atas pesalah wanita. Dengan berpakaian menutup aurat, rotan yang kecil dan tidak boleh mengangkat rotan melepasi kepala perotan, dan jika mengandung ditangguhkan terlebih dahulu. Bukankah ia sungguh ringan berbanding sebatan sivil yang dirotan tanpa pakaian dan rotannya sangat tebal. Sebat didalam Islam tidak melukakan tetapi memberi pengajaran. Dan dibuat di khalayak ramai supaya dapat memberikan pengajaran kepada orang lain.


Jadi kepada mereka yang sentisa mencari kesalahan hukuman Syariah, bersama fikirkan, yang mana lebih zalim.


Contoh sebatan mengikut Syariah kepada pesalah lelaki. Sungguh ringan hukumannya berbanding sebatan sivil seperti di bawah.



Dua gambar di bawah pula adalah cara sebatan sivil. Tanpa pakaian. Merotan dengan boleh melepasi kepala perotan. Boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan kecederaan yang serius. Bersama kita fikir-fikirkan.





Maklumat Ringkas!!!!!

SILA AMBIL PERHATIAN!!!


SEBAT CARA ISLAM

1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.



SEBAT CARA SIVIL

1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.

2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.

3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.

4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.

5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.

6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.

7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.

8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.



1 comments:

Asalamualaikum...
Tahniah kepada penulis kerana menukilkan artikel yang berguna dan menarik..Hukuman sebat merupakan hukuman yang terdapat dalam undang2 islam.Tetapi mcm mana dengan isu kartika..adakah releven hukum sebatan itu ditangguhkan???

Post a Comment

Empunya Diri...

My photo
Anak sulong dari 4 beradik. Berasal dr Pahang. Mendapat Pendidikan di SK Jengka 19, SMA Al-Wosto, SMKA TAHAP & kini di UKM Bangi.

Kisah Bingkisan Ini..

Blog ini telah diwujudkan pada bulan Julai 2009 bagi memenuhi kriteria kerja ilmiah subjek Teknologi Maklumat Dakwah (PPPM 3032) SESI 2009/2010, Jabatan Pengajian Dakwah &Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Blog ini bertemakan Perintis Kesyumulan Islam. Blog ini turut menekankan aspek perjalanan dakwah pada masa sekarang dengan melibatkan pelbagai aspek termasuk isu-isu semasa yang tidak pernah lekang daripada individu muslim itu sendiri mahupun dari barat.

Masa vs Waktu

Hijriah

Followers