Bingkisan Dakwah

PERINTIS KESYUMULAN ISLAM


Blog ini telah bermula operasinya atau telah wujud pada bulan Julai 2009 bagi memenuhi kriteria kerja ilmiah subjek Teknologi Maklumat Dakwah (PPPM 3032) Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Blog ini bertemakan “Perintis Kesyumulan Islam”. Tema yang telah diperkenalkan ini adalah bermaksud sebahagian usaha dakwah (manhaj) pada masa kini melalui teknologi masa kini. Blog ini turut menekankan aspek perjalanan dakwah pada masa sekarang dengan melibatkan pelbagai aspek termasuk isu-isu semasa yang tidak pernah lekang daripada individu muslim itu sendiri ataupun daripada dunia barat.


Blog ini adalah berkonsepkan dakwah Islamiah yang berlaku pada masa kini di peringkat setempat mahupun peringkat universal. Blog ini juga merupakan salah satu manhaj atau medium dakwah yang dijalankan pada masa kini. Dengan adanya blog ini, dapat membantu masyarakat khususnya umat Islam itu sendiri dengan menambah pengetahuan semasa dan umum, menjana pendapat atau idea serta memberi pendedahan mengenai isu-isu terkini yang berlaku di dalam mahupun di luar negara.


Selain itu, blog ini turut ditambah dengan aksesori sebagai penghias blog agar tidak nampak kosong ataupun hambar. Terdapat tambahan seperti iringan muzik dakwah yang rancak dan semangat, jam sebagai penunjuk masa, kalendar untuk mengetahui hari dan tarikh terkini dan sedikit latar belakang pemilik blog.


Semoga dengan adanya blog yang telah disiarkan ini, dapatlah menambah atau meningkatkan maklumat atau pengetahuan am mengenai ajaran agama tercinta kita iaitu agama ISLAM.... Wassalam,... :-)



GEMPA BUMI PADANG, INDONESIA 2009


Gempa bumi Padang 2009 berskala 7.6 richter berlaku pada pukul 5.16 petang, 30 September 2009 di Kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla menyatakan setakat ini 75 terbunuh setelah dibawa ke hospital. Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) menyatakan titik gempa itu terletak di km 57 barat laut Pariaman di kedalaman 71km. Kemudian disusuli gempa bumi kedua sebesar 6.2 pada skala Richter pada 5.38 petang berpusat di km 22 ke barat laut Pariaman di kedalaman 22km.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) mengeluarkan amaran tsunami bagi Indonesia, India, Thailand dan Malaysia tetapi dibatalkan kemudian.

Datuk Bandar Padang menyatakan jumlah mungkin bertambah kerana terperangkap dalam runtuhan bangunan termasuk hotel. Kota Padang gelap gelita akibat terputus bekalan elektrik dan hujan lebat. Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau ditutup akibat kerosakan yang dialami. 1000 bangunan rosak teruk. Antaranya ialah Rumah Sakit Umum Pusat M Jamil Padang, Rumah Sakit Selasih dan Hotel Rocky, Hotel Ambacang.

Saiz sebesar ini pernah berlaku pada tahun 1906 di San Francisco, tahun 1935 di Quetta, tahun 2001 di Gujerat, dan tahun 2005 di Kashmir. Ketua Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), John Holmes menyatakan 1100 terbunuh kerana 1000 bangunan runtuh termasuk hotel dan rumah di Padang. Rumah di Tasik Maninjau turut rosak kerana tanah runtuh setelah gempa bumi berlaku. Ada 3 gubung berapi di Sumatera Barat iaitu Gunung Merapi, Gunung Talang dan Gunung Tandikat.


Susulan gempa bumi

Dari 30 September hingga 2 Oktober 2009, lebih 389 gempa bumi susulan berlaku dengan skla 3.0 hingga 4.0 skalan richter. Lebih 11,000 bangunan runtuh. Gempa bumi susulan tidak tidak dirasakan penduduk. Ketua Bidang Maklumat Awal Gempa Bumi dan Tsunami, Badan Metereologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, Jaya Murjaya menyatakan tenaga dalam bumi dihabiskan melalui gempa bumi susulan.

Pusat Bencana di Padang, mencatatkan 448 kematian ,237 orang cedera parah dan 2,100 cedera ringan.Kota Padang, ibu kota Sumatera Barat mencatatkan 197 kematian.Padang PariamanPBB menganggarkan 1,100 orang maut. mencatatkan 184 kematian. 100 dari 250 rakyat Australia masih hilang. Menteri Kesihatan Indonesia Siti Fadilah Supari menganggarkan kematian tidak lebih 4,000. Tetapi


Gegaran di Malaysia

Beberapa bangunan di Kuala Lumpur dan Johor Bharu turut merasai gegaran selama beberapa minit. Tetapi tiada sebarang kerosakan dilaporkan berlaku. Pekerja dalam bangunan bergegas keluar demi keselamatan. Penyunting bahasa Inggeris Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Muharyani Othman, yang sedang bertugas di tingkat satu, Wisma Bernama di Kuala Lumpur merasakan monitor komputernya tiba-tiba bergegar pada jam 6.16 petang. 300 penduduk Kondominium Pelangi Mall setinggi 14 tingkat, Kota Baharu, panik apabila mendapati rumah mereka bergoyang dan bergegar. Penyelia di Hotel Selesa di Johor Baharu turut merasai pening akibat gegaran.

Sebuah bangunan di Cyberjaya dilaporkan retak oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor. 47 bangunan telah diperiksa setakat ini. Bangunan swasta masih belum membuat laporan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.


Pasukan bantuan

Pesuruhjaya Bantuan Kemanusiaan Kesatuan Eropah (EU), Karel De Gucht menyatakan Rm15.4 juta disalurkan kepada mangsa gempa.


Pasca gempabumi

Krisis makanan

Ada stesen minyak menaikkan harga petrol. Kompas.com melaporkan bahawa kawasan Sungai LimauGeringging, Pariaman bakal dilanda krisis makanan. Ini kerana penduduk kawasan pantai dan kuala melarikan diri ke kawasan bukit. Sembahyang Jumaat pada 2 Oktober 2009 diadakan di Masjid Gantiang, Padang sahaja. Dinding masjid itu sendiri retak. Begitu juga dengan tempat air wuduk. Solat ghaib telah diadakan di Masjid Istiqlal, Jakarta bagi menolak bala. dan


Warga Malaysia di Padang

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia Dr Junaidi Abu Bakar menyatakan 323 pelajar Malaysia di Padang akan ditempatkan ke kawasan selamat. Mereka dikumpulkan di Universiti Andalas, Padang. Bangunan Fakulti Kedoktoran dilaporkan runtuh. Stesen TV tempatan melaporkan banyak bangunan tinggi runtuh termasuk sebuah hotel selain ribuan rumah juga runtuh atau rosak akibat gempa pertama dan gempa kedua beberapa minit kemudian.

Pelajar Malaysia yang belajar di Fakulti Perubatan, Universiti Andalas menyaksikan air laut tiba-tiba surut dan jalan raya terbelah dua, bagaikan tsunami.Marwiza Abdul Ghani pernah menempuh 30 insiden gempa di Padang selama belajar di Padang.

Pasukan Smart dan Mercy Malaysia diterbangkan bagi menyalurkan bantuan.Keperluan utama ialah penjana kuasa elektrik. Helikopter Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia akan membawa pelajar Malaysia pulang. Mereka ditempatkan sementara di Kolej 13 dan 17 UPM,Serdang.

PENUNTUT MALAYSIA DI INDONESIA DINASIHAT BERWASPADA


Nota DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN


Penuntut-penuntut Malaysia di Indonesia dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengelak daripada keadaan provokasi berikutan sentimen anti Malaysia yang sedang berlaku di negara itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Jabatan Penuntut Malaysia sentiasa berhubung erat dengan kedutaan Malaysia di Indonesia bagi memastikan perkembangan negatif tersebut tidak memberi ancaman kepada kira-kira 5,000 penuntut di negara itu.

"Saya percaya pihak kedutaan menghubungi pihak kerajaan Indonesia untuk menuntut jaminan terhadap keselamatan pelajar kita dan kita juga mewujudkan hubungan yang rapat dengan pelajar kita.

"Nasihat dan panduan telah pun diberikan kepada pelajar dan kita berharap agar mereka dapat menjaga keselamatan diri.

"Mereka perlu elak daripada terlibat dalam sesuatu yang boleh mendatangkan masalah dan jangan bergerak secara yang boleh mendatangkan provokasi termasuk tidak ke Jalan Diponegoro, Jakarta," katanya selepas pelancaran program Mesej Peribadi daripada Perdana Menteri sempena perayaan Aidilfitri 2009 di sini, hari ini.

Selasa lalu, sekumpulan 50 anggota Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) bersenjatakan buluh runcing membuat sekatan di Jalan Diponegoro untuk mengancam rakyat Malaysia kerana tidak berpuas hati berhubung isu tarian Pendet.

Malaysia sebelum ini dituduh mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali sebagai tarian Malaysia dalam satu program promosi Malaysia yang disiarkan di saluran Discovery Channel.

Saluran itu bagaimanapun telah mengaku ia merupakan satu kesilapan di pihak mereka dan bukannya kesalahan kerajaan Malaysia.

Sementara itu, berhubung isu seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang membuat laporan polis ekoran dipecat kerana didakwa enggan memberikan 'markah kasihan', Mohamed Khaled berkata, perkara itu telah disiasat dan keputusan yang dibuat adalah berlandaskan prinsip keadilan.

"Bagi saya, saya berpuas hati kerana pihak universiti telah menjalankan itu semua (siasatan). Soal apa keputusannya, itu berdasarkan siasatan.

"Sudah tentunya ia adalah sebahagian daripada autonomi universiti dan bukan tanggungjawab seorang menteri untuk mempersoalkan perkara itu.

"Di kementerian, kita puas hati. Kalau beliau mahu serah kepada polis, itu hak beliau," katanya.

ISU-ISU SEMASA UMAT ISLAM

Umat Islam sentiasa terdedah dengan pelbagai cabaran dan ancaman dari semasa ke semasa. Ia meliputi aspek akidah,syariah, akhlak, politik, ekonomi, sosial dan seumpamanya.

** Firman Allah yang bermaksud:

“Allah menjadikan hidup dan mati manusia itu bertujuan untuk menguji siapa yang di antara kamu lebih baik amalannya”.

(Surah al-Mulk 67 :2)

“ Dan sesiapa berpaling dari peringatanKu , maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada Hari Qiamat dalam keadaan buta”

(Surah Toha 20 :124)


2. KONFLIK UMAT ISLAM

2.1 Faktor Dalaman:

w Aqidah yang rapuh

w Hawa nafsu yang melampaui batas.

w Kelemahan dalam penguasaan ilmu pengetahuan.

w Mementingkan kehidupan duniawi.

w Rasa berkelapangan dan selesa.

w Keras hati.

w Mementingkan jawatan.

w Kurang menghayati agama.

w Pemikiran bebas tanpa landasan syarak.

w Gangguan mental dan emosi akibat tekanan.


2.2. Faktor Luaran

w Tidak ada kesatuan umat Islam.

w Kebencian orang munafik.

w Ancaman musuh Islam.

w Keluarga dan persekitaran

w Banyak berlaku kesyirikan

w Manusia yang berpaling dari jalan dakwah dan menolak usaha-usaha dakwah.

w Pergaulan bebas.

w Pengaruh makanan dan minuman haram dan syubhat.


3. BENTUK ISU-ISU SEMASA


3.1 Aspek Akidah

w Ajaran Sesat

w Ancaman agama-agama lain.

w Globalisasi.

w Pemikiran baru.

w Isu murtad.

w Khurafat dan bid’ah.


3.2. Aspek Syariah

w Salahfaham konsep fardhu ain dan fardhu kifayah.

w Materialisme.

w Hedonisme.

w Kejumudan.

w Kemiskinan.


3.3. Aspek Akhlak

w Gejala sosial.

w Perpecahan dan perselisihan pendapat.

w Budaya barat: Westernisasi

w Pengaruh Women Liberation.

w Mementingkan diri sendiri.

w Kegoyahan institusi kekeluargaan dan perkahwinan.

w Kebanjiran bahan media yang lucah dan tidak bermoral Penghijrahan (migrasi):kejutan budaya.

w Tiada contoh teladan (Qudwah Hasanah).


3.4 Aspek Keselamatan Negara

w Terrorisme (kumpulan militan).

w Pendatang Tanpa Izin.

w Penyalahgunaan dadah.

w Konflik serantau dan antarabangsa.

w Jenayah Rentas Sempadan.

w Serangan Siber.

w Ancaman ekonomi.


4.TUGAS YANG PERLU DILAKSANAKAN OLEH UMAT ISLAM MASA KINI

  1. Mantapkan iman dan keyakinan.
  2. Perkasakan ilmu pengetahuan (intelek) dan daya fikir (kepakaran).
  3. Tingkatkan sikap berani dan yakin pada diri.
  4. Teguhkan daya usaha dan daya kerja.
  5. Mampankan taraf ekonomi atau hasil pendapatan.
  6. Sentiasa bersyukur menikmati nikmat dan bersabar dilanda musibah.
  7. Laksana keadilan.
  8. Kekalkan keamanan yang stabil dan mantap.

** Kenali ancaman musuh dan berusaha mengatasinya.


KESIMPULAN


@ Umat Islam sentiasa menghadapi cabaran dalaman dan luaran dalam menjalani kehidupan ini.

@ Bentuk cabaran semakin rencam dan rumit di zaman mutakhir ini.
@ Umat Islam perlu memperkasa diri dengan pelbagai persediaan yang lebih mantap dan kukuh

Empunya Diri...

My photo
Anak sulong dari 4 beradik. Berasal dr Pahang. Mendapat Pendidikan di SK Jengka 19, SMA Al-Wosto, SMKA TAHAP & kini di UKM Bangi.

Kisah Bingkisan Ini..

Blog ini telah diwujudkan pada bulan Julai 2009 bagi memenuhi kriteria kerja ilmiah subjek Teknologi Maklumat Dakwah (PPPM 3032) SESI 2009/2010, Jabatan Pengajian Dakwah &Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Blog ini bertemakan Perintis Kesyumulan Islam. Blog ini turut menekankan aspek perjalanan dakwah pada masa sekarang dengan melibatkan pelbagai aspek termasuk isu-isu semasa yang tidak pernah lekang daripada individu muslim itu sendiri mahupun dari barat.

Masa vs Waktu

Hijriah

Followers